Posted by: gerakhaq | 19 July 2009

Penyelarasan Energi Murni Tahap Dasar Secara Percuma

Salam buat semua.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik energi murni untuk tujuan penguatan energi positif dalam diri dan perubatan, bolehlah memohonnya dengan menyertakan:

1. Nama sebenar, nama bapa dan nama ibu
2. Tarikh Lahir
3. Jantina
4. Agama
5. Alamat
6. Alamat YM (jika ada)

dihantar ke alamat gerakhaq@gmail.com

Penerimaannya adalah melalui sistem penyelarasan jarak jauh dengan sikap bertafakur/meditasi hening selama 15 – 30 minit bergantung kepada individu.

Saya akan sedaya upaya saya membuka pintu-pintu energi yang ada di tubuh badan dengan izin dan redho Allah swt. Jika anda seorang muslim, energi yang diselaraskan akan saya gabungkan dengan energi zikir-zikir yang berkaitan.

Saya tidak menjanjikan anda sesuatu yang bukan haq saya untuk menentukannya, kerana semuanya adalah dengan seizin dan redho Allah swt. Insya Allah, setiap orang mempunyai haqnya masing-masing. Jika anda tidak ikhlas dan takabbur, maka semua yang anda pelajari di sini akan musnah dengan sendirinya, insya Allah.

Terbuka untuk semua tetapi saya akan memantau dahulu samada anda layak menerimanya atau akan saya cuba gantikan dengan ilmu lain jika tidak. Semuanya, insya Allah, percuma kecuali bagi tingkatan yang lebih tinggi di mana anda boleh memohonnya dengan sedikit mahar yang seikhlas anda. Insya Allah, hasil sumbangan anda akan saya gunakan sebahagian daripadanya untuk tujuan membantu sesama.

Semoga bermanfaat.

Wassalam.


Leave a comment

Categories